Assalamualaikum wbt.
Dalam kehidupan yang leka dengan duniawi tanpa memikirkan akhirat, aku terus hanyut dengan kehidupan duniawi dan hanya mahu berseronok semata-mata. Walaupun aku memakai tudung sejak kecil atas didikan ibu bapaku, aku hanya tahu apabila keluar rumah aku harus memakai tudung untuk menutup kepala aku dari mendedahkan rambutku daripada orang bukan mahramku. Tetapi aku tidak menitik beratkan cara menutup aurat dengan sempurna. Betapa jahilnya aku...
Pada aku dengan memakai tudung cukuplah menutup auratku walaupun baju dan seluar aku ketat. Lengan baju kadang kadang tidak sepenuhnya panjang. Tudung juga pendek tidak menutup dada. Semuanya aku pandang ringan. Langsung tidak rasa berdosa dan bersalah. Mungkin pada sesetengah orang akan berkata "Ala, biarlah aku pakai macam ni pun. Dah ini diri aku so buat apa nak jadi orang lain. Aku tak nak hipokrit." Aku pun, kadang kadang terasa macam itu juga. Maka, aku masih buat tidak tahu.
Aku tidak tahu sejak bila dan aku juga tidak ingat bila aku mula terasa untuk memakai baju yang labuh dan besar. Aku mula membeli baju yang labuh bawah punggung dan longgar. Seluar dan tudung aku masih sama. Lama kelamaan aku rasa selesa dan suka untuk pakai baju yang besar dan labuh. Kawan-kawan aku pernah juga bertanya kepada aku, "Kenapa kau suka sangat beli baju besar-besar ni?" Aku cuma tersenyum dan menjawab, "Entah, rasa selesa. Suka!" Itu saja jawapan aku terasa nak jawab pada masa itu.
Aku ini bukanlah seorang yang pandai bergaya, aku hanya suka pada kesederhanaan dan simple je. So cara pemakaian aku amatlah simple bila keluar ke mana mana. Selepas tu, aku mula membetulkan cara pemakaian tudung aku, dari pendek ke labuh menutup dada. Aku pakai tudung yang simple asalkan tutup dada. Aku terasa tersentuh dan malu pada diri sendiri bila aku tengok orang yang memakai tudung labuh labuh. Alhamdulillah, sekarang aku rasa selesa sangat dengan bertudung labuh menutup dada. Aku rasa orang yang bertudung labuh ni sangat cantik dan sedap mata memandang. Aku suka sangat.
Tetapi, aku rasa masih ada yang kurang dengan seluar yang aku pakai. Aku tahu, walaupun aku memakai baju yang labuh dan tudung menutup dada, seluar aku masih lagi tidak longgar. Nampak bentuk kaki di bahagian betis. Aku mula belajar memakai kain atau skirt labuh untuk menutup aurat kaki aku. Pada mulanya aku rasa agak tidak selesa kerana aku sememangnya tidak suka memakai kain sejak dari kecil. Entah kenapa aku mula terasa suka dan selesa sangat pakai kain. Seluar pun aku dah beli seluar yang longgar.
Sekarang aku sudah mula memakai stokin dan sarung lengan kalau lengan baju aku besar or singkat. Alhamdulillah, rasa selesa dan masih belajar untuk lebih sempurnakan dalam menutup aurat. Aku tak pasti bila datangnya perasaan dan keinginan untuk menutup aurat dengan sempurna ni. Mungkin Allah telah menggerakkan hati aku untuk berubah kepada yang lebih baik dan baik. Mungkin juga kerana aku terasa malu bila memandang wanita lain yang menutup aurat dengan sempurna dan malu juga pada Allah terutamanya. InsyaAllah, aku akan terus cuba menjadi hambaNya yang solehah.
Kembali kepada fitrah, memang kita harus menjadi diri sendiri dan tak perlu menjadi orang lain. Tetapi menjadi diri sendiri bukan bermakna kita harus melanggar segala suruhan dan perintah Allah swt. Jadilah diri sendiri kerana Allah swt. Belajarlah menutup aurat dengan sempurna kerana kita sebagai muslimah sudah di wajibkan untuk menutup aurat. InsyaAllah, jika kita aurat kita, maruah kita juga terpelihara. Kembali kepada Allah dan terus menuju ke jalan Allah. swt. Alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk memperbaiki diri untuk ke jalan Allah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Jagalah aurat kita dari bukan mahram. Besar dosanya dan besar juga balasannya di akhirat kelak. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hambaNya jika dia tidak mahu mengubah nasibnya sendiri. Tidak ada yang rugi untuk ke jalan Allah swt.
Syukran jazilan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment