Wednesday, July 25, 2012

Permulaan :)

Assalamualaikum wbt.

Syukur ke hadrat Illahi kerana saya di beri kesempatan untuk mencoret serba sedikit apa yang ingin saya sampaikan di blog yang serba kekurangan ini. Blog ini saya adakan untuk meluahkan segala perasaan saya kepada Allah swt serta menyampaikan serba sedikit apa yang saya tahu untuk di kongsikan bersama.

Tidak ada niat untuk menunjukkan diri saya ini seorang yang baik atau sebagainya. Terlalu banyak kekurangan dan kelemahan dalam diri saya yang perlu saya perbaiki. Saya masih belajar untuk menjadi seorang hambaNya yang solehah. Apa yang tercoret di sini juga adalah untuk memperingatkan diri saya sendiri.

Harapan saya dengan wujudnya blog ini akan membantu saya menjadi seorang yang lebih kuat dan berubah ke arah yang lebih baik dan di redhai Allah swt. Begitu juga anda semua. InsyaAllah. :)


Syukran jazilan. Wassalam. :)

No comments:

Post a Comment