Kepada yang sedang memperbaiki diri seperti aku pasti tahu bagaimana rasa dugaan dan susahnya untuk kita berubah kepada lebih baik. Yaa, untuk menjadi lebih baik pasti banyak dugaan yang akan datang untuk menguji sama ada kita tabah dan sabar atau tidak untuk ke jalan Allah swt. Jangan risau, walau macam mana teruknya cemuhan dan dugaan yang datang, berdoalah kepada Allah swt. Ingat, apa yang kita buat ini adalah semata-mata kerana ALLAH SWT.
Back to main topic. Pada pendapat korang adakah dengan memakai tudung labuh itu ustazah? Adakah hanya ustazah yang boleh memakai tudung labuh? Adakah bila sudah menjadi ustazah baru boleh memakai tudung labuh?
Wahai kawan-kawanku yang di rahmati Allah, sedarlah bahawa bukan hanya ustazah sahaja yang boleh memakai tudung labuh. Malah di wajibkan kepada semua kaum hawa yang beragama Islam. Cuba buka mata dan lapangkan dada, fikirkan semula. Adakah di dalam al-Quran tertulis hanya ustazah sahaja yang boleh memakai tudung labuh dan menutup aurat? Bukankah Allah telah telah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."
Maka, tidak sepatutnya isu ini timbul pada kalangan kita. Sepatutnya kita harus menyokong dan menggalakkan adik beradik, saudara mara, sahabat-sahabat dan semua kaum hawa dalam membuat perubahan ke yang lebih baik. Bukan mempersenda atau memerli. Aku tahu, ayat yang selalu orang akan ungkapkan bila kita berubah memakai tudung labuh dan menutup aurat, " Huiyoo, dah jadi ustazah la." atau "Assalamualaikum ustazah. hehe." Tak faham kenapa nak cakap macam tu.
Ubahlah cara pemikiran kamu semua tentang perkara ini. Ramai yang memakai tudung labuh dan menutup aurat walaupun mereka bukan ustazah. Tetapi kenapa orang yang hendak berubah kamu perli dengan mengata dan memerli? Sedarkah kamu, orang yang kamu mengata itu saudara seagamamu. Malulah pada diri sendiri. Dia sudah berubah kepada yang lebih baik, tapi kita? Masih di tempat yang sama tanpa membuat sebarang perubahan.
Banyak perkara yang aku lalui bila hendak berubah, dan aku mula sedar bukan senang nak berubah kepada kebaikan kerana banyak dugaan yang bakal di tempuh. InsyaAllah, dengan adanya kekuatan yang Allah berikan, aku masih mampu untuk bertahan. Jika niat kita kerana Allah pasti Allah akan tunjukkan jalan dan permudahkan. TRUST HIM. He knows everything. :)
p/s : Maaf jika blog ini hanya tulisan semata mata. Tiada sebarang gambar terpampang. InsyaAllah, next entry akan cuba menceriakan lagi isi kandungannya. Jazakallah.
Wassalam.